Sunday, September 2, 2012




"Teman yang baik adalah teman yang menjaga perasaan temannya bukan menyakiti hati dan perasaan temanya." 

Pada masa sekarang bukan mudah untuk kita temui teman yang betul-betul boleh memahami hati dan perasaan kita. malah ada juga teman yang sanggup membuat temannya seperti sampah. betapa sanggup mereka ini melakukan sebegitu. apa yang kita faham tentang istilah teman. sebenarnya teman boleh diolah sebagai kawan dan ada juga yang leraikan istilah kawan kepada beberapa   peringkat sebagai contoh kawan baik, kawan rapat, dan kawan istimewa. ermmm... kesemua itu adalah sama sahaja tiada perbezaan langsung cuma satu adakah kesemua kawan baik, kawan rapat dan kawan istimewa ini akan menolong kita satu hari nanti, tambahan pula apabila kita benar-benar dalam kesusahan. 

"TIDAK..."

perkataan kawan boleh disebut oleh sesiapa sahaja tetapi kawan yang menunggu kejatuhan kawannya adalah kawan yang makan kawan...

betulkah:

*kawan baik
*kawan rapat
*kawan istimewa

  • adakah kawan-kawan ini yang akan menjaga kita apabila kita sakit...
  • adakah kawan-kawan ini yang akan menjaga nama baik kita...
  • adakah kawan-kawan ini yang akan menyimpan segala rahsia kita...
  • adakah kawan-kawan ini yang akan menanyakan khabar kita apabila sudah lama tidak temui...
  • adakah kawan-kawan ini yang akan membantu kita apabila kita sangat-sangat memerlukannya...
  • adakah kawan-kawan ini yang akan mengafankan kita apabila kita mati nanti...
  • adakah kawan-kawan ini yang akan membacakan surah yasin untuk kita...
  • adakah kawan-kawan ini yang akan menolong menanam jenazah kita nanti...
"TIDAK..."

tidak mustahil jika kawan yang kita menganggap musuh itu yang akan membantu kita satu hari nanti...

samaada ya atau tidak. ujud lagikah teman yang betul-betul boleh temani kita sehingga akhir hayat kita. 

cuba anda fikir, kawan anda yang nombor berapa yer...

1.  kawan yang dibuat macam sampah...
2.  kawan yang ditinggalkan apabila sudah mengecapi kejayaan...
3.  kawan yang lupa janjinya...
4.  kawan yang mencari kesalahan kita...
5.  kawan yang mendoakan keburukan kita...
6.  kawan yang muka tembok...
7.  kawan yang menyusahkan diri kita...
8.  kawan yang hasad dengki...
9.  kawan yang mengaibkan diri kita...
10. kawan yang menjatuhkan air muka kita...
11. kawan yang memburuk-burukkan diri kita...
12. kawan yang tidak menyimpan segala rahsia kita dengan baik...
13. kawan yang menceritakan keburukan kita...
14. kawan yang menipu kita...
15. kawan yang batu api...
16. kawan yang menjadi duri dalam daging...
17. kawan yang lupa segala jasa kawannya...
18. kawan yang suka menfitnah kita... 
19. kawan yang tidak mahu berkongsi segala ilmu dan kejayaan...
20. kawan yang mengada-adakan cerita padahal cerita itu tidak 
    benar belak...

kawan yang baik adalah kawan yang sanggup susah senang bersama-sama. 

kawan yang memahami perasaan kawannya adalah kawan yang boleh dijadikan salah satu ahli keluarga kita...

Mengapa kita tidak boleh menjadi salah satu kawan yang baik itu?

tanya diri kita sendiri...